Utusan Malaysia bertarikh 1 April 2012
melaporkan harga jualan minyak RON 97 mengalami kenaikan harga sebanyak 20 sen
iaitu dari RM2.50 kepada RM2.70 seliter. Walaubagaimanapun, ia tidak melibatkan
minyak RON 95. Perkara ini disebabkan oleh harga minyak mentah di pasaran dunia
naik disebabkan oleh krisis Timur Tengah.
Impaknya ialah ia memberi kesan kepada
kewangan kita khususnya kepada sesiapa yang berkenderaan mewah yang sudah
semestinya menggunakan minyak RON 97. Ini kerana kita perlu mencari atau
menambah lagi 20 sen lagi bagi setiap liter minyak RON 97 yang diisi ke dalam
kenderaan kita. Apa yang lebih jelas kadar inflasi bagi pengguna minyak ini adalah
naik sebanyak 8% bagi kenaikan 20 sen bagi setiap liter harga minyak. Anda
perlu sedar mengenai perkara ini.
Pada kali ini, saya ingin membicarakan
mengenai minyak kenderaan yang manakah yang lebih jimat iaitu sama Petronas
ataupun Shell? Ini adalah kerana penggunaan minyak petrol adalah memberi impak
kepada perbelanjaan kita pada setiap bulan untuk kegunaan harian.
Saya sejak dari dahulu lagi sering
mendengar bahawa terdapat perbezaan antara minyak-minyak petrol di pasaran seperti
Shell, Esso, Petronas, Caltex, BHP, Exxon Mobil dan sebagainya dari segi
penjimatannya. Tetapi saya pun dengar setakat dengar sahaja sehinggalah saya
merasainya sendiri. Memang diakui bahawa memang terdapat perbezaan dari segi
penjimatan bahan bakar kenderaan ini.
Pada kali ini, saya ingin bercakap
mengenai pengalaman saya menggunakan minyak petrol Petronas dan Shell. Saya
sering berulang-alik antara Terengganu dan Kuala Lumpur dan saya memang pernah menggunakan
kedua-dua minyak petrol ini. Memang terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua
minyak petrol ini dari segi penjimatannya.
Sekiranya saya menggunakan minyak
Petronas untuk pulang ke Dungun, Terengganu dari Kuala Lumpur, saya perlu
mengisi minyak dua kali iaitu sekali semasa memulakan perjalanan dengan tangki
penuh dan sekali lagi perlu mengisi minyak kereta di Kemaman. Berlainan pula
dengan Shell, saya hanya perlu mengisi sekali sahaja minyak tangki penuh dan
kereta saya masih menunjukkan baki minyak sebanyak satu bar apabila sudah tiba
di rumah.
Begitu juga apabila saya menggunakan
minyak Petronas untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Terengganu. Apabila saya
menggunakan minyak Petronas dengan tangki penuh, saya perlu mengisinya semula
di Genting Sempah sebelum menyambung semula perjalanan ke Kuala Lumpur.
Berlainan pula dengan minyak Shell, saya hanya perlu mengisi sekali sahaja
minyak dengan tangki penuh tanpa perlu mengisi sekali lagi untuk tiba di Kuala
Lumpur.
Dari pengalaman saya sendiri ini, memang saya akui bahawa minyak Shell adalah lebih jimat daripada Petronas untuk penggunaan petrol kenderaan kita. Dan apa yang lebih penting kita dapat menjimatkan wang kita untuk perbelanjaan minyak petrol. Namun begitu, ini tidak bermakna saya tidak menyokong langsung menggunakan komoditi nasional. Apa yang lebih penting, kita perlu tahu untuk ‘bergilir-gilir’ memilih minyak petrol mana yang hendak digunakan mengikut keadaan tertentu sama ada untuk perjalanan harian ataupun untuk perjalanan jarak jauh.
Sekian, terima kasih.
Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad.


29 comments:
Tuan,kata orang minyak Petronas pun agak 'kotor'. Pengalaman kawan kpd bapa yang terpaksa mengeluarkan sjumlah wang yang besar untuk mmbaiki kretanya,dan apabila dbawa ke bengkel,mekanik mengatakan puncanya dr minyak yg dgunakan (petronas). Tapi ada juga yg mengatakan kdua2nya (shell&petronas) minyaknya sma je,jenama je bbeza.
Salam. Ini bukan disebabkan minyak petrol Shell atau Petronas. Tetapi ini disebabkan oleh lambakan minyak enjin tiruan yg berada di pasaran. Boleh baca artikel ini... http://wankamarul701.blogspot.com/2011/06/minyak-enjin-dan-oil-filter-tiruan.html
Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat ini....salam.
Ok..Sama-sama Tuan.
kalo saya menggunakan motorsikal suzuki...minyak petronas paling jimat berbanding shell.
minyak bergantung pada enjin kepada kenderaan tersebut
Yeke? tak percayalah...
Slm..sekadar berkongsi pandangan saya juga berpendapat minyak Shell lagi jimat dari petronas.. Bertahun2 saya mggunakan petronas. Disebabkan kereta saya kereta kecil, saya tk perasan minyak petronas jimat ke tidak sehinggalah pada suatu hari saya outstation ke Pahang, dalam pjalanan pulang tk sedar minyak dh kering..gara2 leka bersembang dgn rakan... saya cemas, saya off air-cond kereta dn pandu slow2
sambil mencari2 petronas. jumpalah stesyen shell,tiada pilihan lain..terpaksa isi laa.. Kerana dh bertahun2 setia dgn petronas.. Saya isi RM 20.00 jee..alasan nanti jumpa petronas baru nk isi full tank.. saya amat terperanjat isi RM 20.00 boleh cecah ke jarum tengah.. Saya x sangka betul..mcm jimat pulak.. Selama ni..isi dgn petronas..tk mcm tu pulak.. Ntah lahh..confuse pulak saya..!! Hinggalah saya baca artikel tuan ini..saya rasa minyak shell memang JIMAT..!! pah ni..Bye2 laa petronas.. Tq, tuan saya suka baca artikel tuan..
Ok..Sama2. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Tapi jangan lupa bahawa Petronas tetap komoditi nasional kita. Sekali-sekala apa salahnya menggunakan Petronas..;)
dulu saya pun guna Shell, bila tengok kawan-kawan guna petronas, ikut juga lah, lepas tu jatuh hati dengan Mobil pula :)
Kata orang, ikut hati mati.. ;(
Salam
saya pernah jadi regular customer petronas sejak beli kereta setahun lepas.tapi sejak tengok perbezaan minyak kt FB yg dipostkan kawan2, teringin jugak la nak try yang lain. so, sy try guna minyak caltex..mmg berbeza sangat2..pemanduan lebih smooth...sangat berpuas hati dengan caltex..minyak lebih banyak n jimat..bila2 nk try shell pulak...
Ok..Selamat mencuba.. tidak salah untuk mencuba benda2 baru..
Petronas cekik darah.. Bertahun2 aku isi minyak kat sana.. Baru ni lah aku isi kat essom mobil.. Terasa perbezaan, keta pon jadi makin ringan..jimat pulak tu..
Errmm patut la bdk2 petronas gaji beso, kerek pulak tu, bonus banyak bulan... Ermmm tukar isi la yang lain..
Bukan cekik darah tetapi kurang berkualiti. Jangan salahkan pekerja Petronas kerana itu tempat mereka mencari rezeki. Ok, semoga dapat bertukar kepada minyak petrol yang lain. =)
Merujuk kepada pendangan rakan2 di atas kebanyakannya memberi komen negetif kepada Petronas, namun bagi saya yang menggunakan Proton Exora, kalau isi minyak Petronas RM50.00 bacaan meter adalah 310KM, apabila mengisi Shell dengan jumlah yang sama bacaan meter sama juga 305KM, tapi bacaan BAR apabila isi minyak Shell akan lambat turun, berbanding Petronas, ini bukan melambangkan minyak Shell lebih jimat sebab kandungan baki minyak dalam tangki tidak dapat kita agak. Bagi saya Petronas lebih menjimatkan dan berkuasa berbanding Shell kerana ststion Petronas sentiada sibok dan penuh dengan pelanggan yang mengisi minyak. Kalaulah betul apa yang dikomenkan oleh rakan2 di atas tentu station Petronas lengang tidak berpelanggan...
Melayujati: Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Sememangnya anda mempunyai semangat kebangsaan yang kuat kerana menyokong komoditi nasional. Tahniah saya ucapkan.
En Kamarul, thanks for the info sharing. Petronas or Shell?, both are good. Shell operating >100 years and Petronas <30 years. Dari sini pun kita dah boleh menilai. Apa pun, I still believe "Malaysia Boleh"
Info yg menarik.. Shell telah beroperasi lebih 100 tahun manakala Petronas pun baru 30 tahun. Ye, kita masih kena sokong komoditi kita. Terima kasih.
saye rasa minyak shell lagi jimat, pada permulaan nya saya guna petronas tetapi pada suatu hari saye trai minyak sheel ternyata lebih menjimatkan.
salam. satu info yang menarik. sebenarnya yang membezakan minyak petrol ini adalah bahan chemical yang dicampur dalam minyak petrol tersebut. Based my experience, minyak shell memang menjimatkan berbanding petronas. That's why saya sampai sekarang langsung tak pernah isi minyak petronas kecuali kecemasan sahaja.
Atas Pengalaman juga, saya bersetuju dengan tuan. Shell lbh jimat berbanding Petronas bagi perjalanan jauh. Setiap kali saya balik kampung daripada Melaka ke Kuala Krai, Kelantan saya akan menggunakan minyak Shell krn dengan Shell saya cuma sekali je isi penuh. Tetapi dengan Petronas, nak tak nak mesti kena isi 2 kali baru sampai Kuala Krai..Untuk jarak dekat, Petronas pilihan saya kerana stesennya mudah didapati & yang paling dekat dengan kediaman saya.
salam,sy juga merupakan pngguna setia shell,hnya skali skala jika terdesak sy akan isi caltex. sy kerap berulang alik dr segamat ke pasir puteh,kelantan. sy hnya isi penuh skali,bia smpai di rumah bacaan meter menunjukkan ada lgi lbh kurg 100km..memg mnjimatkan.
Tuan tanah..
Ape pandangan tuan tanah berkenaan BHP pula? Saya menggunakan Kia Spectra berulang alik dari rumah ke tempat kerja di Bandar Sri Damansara. Saya dapat merasakan kelancaran enjin apabila menggunakan BHP utk kereta saya. (walaupun Petronas di sebelah office saya)
Saudara Nasalawi, & Anon 30 Nov. Terima kasih kerana berkongsi cerita. Anon 10 Dec. Saya pun tidak tahu apa yang anda cuba ceritakan (walaupun saya tahu bahawa dalam bahasa korporat kita tidak boleh menjawab 'tidak tahu')...
Tq.
salam BHP pun jimat juga.. tapi susah nk cari stesen minyak.
Wsalam buat saudara/i Anom 10 Februari 2013. Terima kasih di atas info tersebut. Wassalam.
Salam bro kamarul..cuba baca link ini..mungkin membantu..
http://kereta.info/differences-of-ron-95-petrol-properties-from-bhp-petronas-shell-caltex-esso-mobil/
Tapi Shell tetap jimat dari Petronas dari uji kaji sendiri.
Post a Comment